Tuesday, 4 August 2020

7 hari diari GM diet aku

hai dh lama aku tak update blog. byk sgt cerita yg tak dikongsikan lagi. kalau kumpul-kumpul boleh jadi novel la. skrg aku nk cerita lagi pasal diet aku. tak habes2 dietkan. biase la perempuan obses nk kurus. hahaha. sebelum ni aku sudah pernah buat intermittent fasting. Memang aku turun banyak kilo. lepas tu lama-lama aku lupa diri. naik la balik berat aku ni setelah lama sangat ke laut kan haha. Menyesal tak sudah stop IF. kalau korang dh buat IF teruskan jgn stop kalo at least 12 jam pun oke. okok sambung balik citer... haa minggu lepas kt office aku ada buat LOSE WEIGHT CHALLANGE utk 3 minggu je. aje giler 3 minggu nak turun berat. sebenarnye boleh je turun tp antara byk dengan tak je la kan. Peratusan paling byk turun akan dikira pemenang. challange ni boleh join secara berkumpulan 3 org dan solo. aku nk masuk untuk kedua-dua sekali. haa masalahnye skrg ni kalo aku maintain IF mcm dulu takde hal. tapi sbb dh lama sgt tinggalkan, skrg buat 16jam je dh gigil haih. Tp aku target nak menang jugak kalo tak dpt yg utama tu yg geli-geli pun jadik lahhhh. Aku pun search la plan diet utk turun cepat ni utk challenge ni je. terjumpalah jugak plan GM diet ni. nampak mcm oke. tp seperti apa yg disarankan, diet ni tak boleh amalkan selalu tp utk result yg cepat boleh la cube. Rata-rata pengalaman yang dah cuba semuanya berhasil, berat berkurangan diantara 5-8kgs haa best kan. jadi aku buat keputusan untuk memcuba plan GM diet ni. kita nantikan berapa byk kg aku boleh hilang. so aku dh timbang berat hari ini 3/8/2020 adalah 72.2kg. esok bermulalah plan diet GM day 1. next posting aku akan sharekan day 1 ape aku makan, ape perasaan hahah. korg doakan aku berjaya ye. aku nak menang!

sila lihat ini gamba, mase ni aku sungguh2 buat intermittent Fasting.
 


ni la gamba mase raye tahun lepas. mase ni berat 62kg. dan baju saiz s. huhu


huhu lagii


haihh nk kuwus mcm ni huwaaa


tinggi seropa KLCC hahahahaha. nk kuruss!



hah ni sebelum timbul kesedaran



sama jugak kesedaran takde lagi haha




bahagia sgt makan2 mase ni